Nasihat Untuk Usahawan Muda
Bermula tahun 2014 hinggalah tahun ini 2016 saya nampak banyak perubahan especially bila anak-anak muda mula aktif berniaga. Saya kagum sebenarnya bila jumpa usahawan-usahawan terutama yang baru lepas universiti terus berniaga. Cuma saya nak pesan kalau nak jadi usahawan kena SUPER SERIUS dan bukan sebab tak dapat kerja kitapun pilih untuk jadi usahawan. Jadi usahawan ni perlu ada satu kualiti yang paling penting, nak tahu apa? '"HATI PERLU KENTAL DAN MUKA KENA TEBAL". Ada juga bila saya tanya 'kenapa pilih untuk berniaga?' dia jawab 'sebab dia tak boleh kerja bawah orang', orang macam ni juga saya nak beritahu kalau kita tak boleh kerja bawah orang jangan mimpi nak berjaya jadi usahawan sebab usahawan memang kerja bawah orang. Maksud saya melayan kerenah pelanggan, pelanggan nak itu dan ini dan beritahu kita macam-macam. Nak jadi usahawan kita tak boleh ego, jangan kita ingat kita saja betul dan orang lain tak betul. Bila sikap dah dibetulkan...
Comments
Post a Comment