Nasihat Untuk Usahawan Muda


Bermula tahun 2014 hinggalah tahun ini 2016 saya nampak banyak perubahan especially bila anak-anak muda mula aktif berniaga. Saya kagum sebenarnya bila jumpa usahawan-usahawan terutama yang baru lepas universiti terus berniaga. Cuma saya nak pesan kalau nak jadi usahawan kena SUPER SERIUS dan bukan sebab tak dapat kerja kitapun pilih untuk jadi usahawan.

Jadi usahawan ni perlu ada satu kualiti yang paling penting, nak tahu apa? '"HATI PERLU KENTAL DAN MUKA KENA TEBAL". Ada juga bila saya tanya 'kenapa pilih untuk berniaga?' dia jawab 'sebab dia tak boleh kerja bawah orang', orang macam ni juga saya nak beritahu kalau kita tak boleh kerja bawah orang jangan mimpi nak berjaya jadi usahawan sebab usahawan memang kerja bawah orang. Maksud saya melayan kerenah pelanggan, pelanggan nak itu dan ini dan beritahu kita macam-macam. Nak jadi usahawan kita tak boleh ego, jangan kita ingat kita saja betul dan orang lain tak betul.

Bila sikap dah dibetulkan barula boleh berkecimping dalam dunia usahawan. Bagaimana nak mula nak jadi usahawan ni? Langkah pertama carilah ilmu dalam dua bidang, pertama bidang produk atau perkhidmatan yang kita nak buat dan yang kedua pengurusan perniagaan, ini termasuklah ilmu kewangan, ilmu pengurusan sumber manusia, ilmu pemasaran, ilmu pengurusan dan lain-lain.

Ada pulak usahawan yang kedekut sangat nak training, kalau boleh nak FREE semua. Jap saya nak bagitahu harini kalau kita kedekut dengan ilmu maka nanti hilanglah keberkatan ilmu tu dan selalunya kalau training tu FREE jadi impaknya serupala tak ada. Untuk usahawan-usahawan yang kedekut nak keluarkan duit pegi training ni saya nak bagitahu KOS SEBUAH KEJAHILAN lagilah mahal sebenarnya. Jadi tukar minda negetif kita dan invest 'lah dalam ilmu.

Comments

Popular posts from this blog

GRANT AND FUNDING FOR SME ENTREPRENEUR

OEM-ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURER