Facebook Bukan Segalanya



Saya tahu ramai usahawan-usahawan terutama yang didalam kategori 'Start-Up' sangat memerlukan Facebook untuk kembangkan business diaorang. Nak tahu, Good Newsnya Facebook memang salah satu medium media sosial yang paling ramai penggunanya. Terkini terdapat 1.65juta pengguna aktif setiap bulan di Facebook. Bad Newsnya pula saya nak bagitahu FACEBOOK BUKAN SEGALANYA, ye maksud saya sehebat mana kita gunakan Facebook untuk iklankan produk kita peratus untuk berjaya adalah hanya 10% sahaja.

Mungkin ada sahabat-sahabat saya yang pelik kenapa saya cakap macam ni. Sebenarnya kalau kita fahami dengan betul MARKETING adalah salah satu dari lima aspek utama sesuatu perniagaan selain daripada Pengurusan, Sumber Manusia, Kewangan, dan Operasi. Jadi menggunakan Facebook sebagai salah satu alat pemasaran (MARKETING TOOLS) bukanlah faktor kejayaan sesuatu perniagaan. Saya beritahu ni sebab nak elakan persepsi kebanyakan usahawan baru yang ingat diaorang hebat di Facebook dan akan hebatlah juga businessnya.

Sepekara lagi saya nak beritahau Facebook ni hanya salah satu daripada 1.6juta aplikasi media sosial yang ada. Saya ulang balik '1 DARIPADA 1.6JUTA', dan pemasaran adalah salah satu daripada lima aspek utama dalam perniagaan. Kesimpulan formula matematiknya. BUSINESS = [PENGURUSAN + PEMASARAN + KEWANGAN + OPERASI + SUMBER MANUSIA (Facebook) ].


Nota: Memang banyak lagi aspek penting dalam perniagaan seperti pasaran, persaingan, business model, harga dan lain-lain, cuma lima aspek diatas adalah aspek utama yang mesti kita tahu.

Comments

Popular posts from this blog

GRANT AND FUNDING FOR SME ENTREPRENEUR

OEM-ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURER

Nasihat Untuk Usahawan Muda