Facebook Page vs Facebook Profile
Baru-baru ni saya handle latihan untuk usahawan inovasi seluruh Malaysia, bila saya tanya tentang facebook rupanya ramai yang tak pasti beza antara facebook page dan facebook profile dan lebih buruk lagi ramai pula yang berniaga di facebook profile.
Ringkasnya:
Facebook profile adalah untuk individu dan Facebook page adalah untuk organisasi / business /. Di Facebook profile rakan-rakan kita dipanggil 'facebook friends' dan di facebook page rakan-rakan kita dipanggil 'facebook fan'. Jadi sekiranya kita buat Facebook untuk sekolah, pasukan bola, kelab, business dan lain-lain, facebook page adalah lebih sesuai.
Mungkin kita banyak kali tengok orang buat business online guna facebook profile, boleh jer!. Ye memang boleh tetapi kita sebenarnya dah langar polisi Facebook dan akaun kita boleh ditutup@terminate pada bila-bila masa sahaja. Tak percaya suruh salah sorang 'facebook friend' buat report pada Facebook.
Dari segi posting keduanya tak ada beza, kita boleh buat posting status updated, link, photo, video, 360 image dan lain-lain di Facebook page dan dan juga di Facebook profile. Posting tu akan keluar di news feeds fan/friend kita. Jadi apa bezanya? Bezanya di Facebook page kita tak boleh 'add' orang lain sebagai kawan tetapi di Facebook profile kita boleh add friends.
Kalau di Facebook page kita tak boleh add friend, jadi macamana nak banyakkan fan? Sebenarnya di Facebook page orang lain boleh 'become a fan'.
Maklumat ni nampak basic, tapi sebenarnya ramai usahawan kita yang tak tahu bezanya. InsyAllah diartikel lain saya akan sambung tentang Facebook lagi. Bagi yang nak buka akaun Facebook Page, klik sini saja dan link ni terus bawa ke ruangan pendaftaran Facebook page.
Comments
Post a Comment