Facebook Contact


Seorang sahabat saya tanya, macamana nak report kalau ramai sangat 'scammers' yang add friend dan kebanyakan 'scammers' ni menyamar guna gambar perempuan cantik dan seksi supaya kita add sebagai friend.

Jawapan: Sebenarnya sekarang ni memang banyak 'scammers' dalam Facebook. Antara yang paling top adalah 'African Scammers' @ dikenali sebangai 'Mat Black' di Malaysia ni. Sekarang ni pulak dah ramai 'Asian Scammers' kebanyakannya tiru cara Mat Black guna isu lain seperti perlukan sumbangan ikhlas nak belajar agama dan orang susah (anak sakit) yang perlukan bantuan.

Kali ni saya ceritakan tentang African Scammer (AS). Malaysia adalah negara ketiga selepas West Africa dan Soviet Union' yang menjadi target African Scammer ni. Biasanya African Scammer akan masuk kenegara kita sebagai pelajar dengan visa student. Langkah kedua diaorang akan cari mangsa a.k.a 'love lover'. Kalau mangsa tu lelaki African Scammer  ni akan menyamar jadi 'awek mat salleh' yang cantik supaya mangsa mudah tergoda. Kalau mangsa tu perempuan African Scammer ni akan jadi Engineer ataupun Tentera yang mencari cinta kononnya.

Seterusnya bila dah dapat jadi online friends, diaorang akan kononnya hantar 'fake parcels' dan menggunakan agent 'fake courier service' dari Malaysia. Jadi untuk tebus 'parcels' ni mangsa dikatakan kena buat bayaran dan seterusnya lagi bayaran demi bayaran (service fee, transaction fee, laywer fee dan macam-macam). Di sebabkan cinta mangsa pun percaya dan bayar. Untuk yakinkan lagi mangsa African Scammer ni akan call mangsa supaya nampak dia memang wujud.


Eh, tadi tajuk 'Facebook Contact'!. Sebenarnya kalau nak block Facebook user ni tak perlu contact Facebook. Kita ada dua pilihan. Pertama 'Delete Request' atau biarkan saja jangan add dan kedua 'Block' terus. Untuk 'Block' ikut tiga langkah mudah ni:

01. Klik Privacy Shortcut 'Gambar Kunci'
02. Klik 'how do i stop someone from bothering me?
03. Masukkan nama atau email dan klik Block.

Manalah tahu kalau masih nak contact Facebook juga atas perkara lain (contoh: nak panggil Mark Zuckerberg bagi talk majlis usahawan). Sila rujuk nombor dibawah ni.

Telefon: (650) 543-4800

Email:
info@facebook.com
warning@facebook.com
login@facebook.com
disable@facebook.com
privacy@facebook.com
support@facebook.com
appeals@facebook.com
helpdesk@facebook.com
abuse@facebook.com
mark.zuckerberg@facebook.com | mzuckerberg@facebook.com

Twitter
https://twitter.com/facebook

Alamat Surat Menyurat
Facebook, Inc
1601 S.Carlifonia Ave
Palo Alto, CA 94304

Di UK:
Facebook London
10 Brock St, London NW1 3FG, United Kingdom


Ops! Ini blog 'usahawan' ke atau blog apa?. Yela sesekali kita cerita hal lain rasanya tak jadi masalah. Nanti penat berniaga sekali kena tipu dengan 'scammers' habis semua untung. Tak salah ambil tahu kan J.

Comments

Popular posts from this blog

GRANT AND FUNDING FOR SME ENTREPRENEUR

OEM-ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURER

Nasihat Untuk Usahawan Muda