Pasaran Tak Penting


Kalau saya beritahu pasaran tak penting percaya tak?. Tajuk tu gimmik jer sebenarnya. Pasaran memang penting tapi ada satu perkara lagi yang lebih penting sebelum pasaran, ingat ya saya cakap SEBELUM PASARAN bukannya pasaran tak penting. Perkara yang lebih penting sebelum pasaran adalah produk dan ini termasuklah perkhidmatan. Fikirkan apa gunanya saiz pasaran kita sebesar Facebook tapi tak ada siapa suka produk kita. Sebab tu hari ni ramai yang berniaga dan buat marketing di Facebook tapi akhirnya gulung tikar.

Ingat saya beritahu, kalau produk kita tak bagus saiz pasaran besar manapun tak guna, kalau produk kita tak bagus tapi brand kita bagus akhirnya produk tu akan rosakkan nama brand kita. Jadi nasihat saya sebelum kita mulakan pemasaran, sebelum kita jual secara besar-besaran kita pastikan dulu produk kita ada permintaan dan disukai ramai. Luangkan masa seminggu-dua untuk buat market validation (penerimaan pasaran), dapatkan bukti produk kita ada permintaan baru mula berniaga

Comments

Popular posts from this blog

GRANT AND FUNDING FOR SME ENTREPRENEUR

OEM-ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURER

Nasihat Untuk Usahawan Muda