DEATH WEARING SEAT BELTS


DEATH WEARING SEAT BELTS
AWAS! POSTING KALI INI MUNGKIN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA.

Hari ni saya ke pasaraya GIANT area Seri Rampai, bila masuk saja ke gate Giant, kereta saya ditahan tapi bukan polis yang tahan, 'GENG BAJU MERAH YANG TAHAN', juga bukan 'geng baju merah yang berdemonstrasi sebelum ni tapi STAFF HONDA MALAYSIA yang buka booth diperkarangan pasaraya Giant. Bila saya tanya kenapa staff honda beritahu ada kempen 'TUKAR AIR BAG'. Sebenarnya saya memang dah dapat surat dari HONDA supaya datang ke bengkel berhampiran untuk tukar Air Bag tapi tak pernah dapat appointment (selalunya penuh). Jadi inisiatif HONDA MALAYSIA untuk buat road tour KEMPEN TUKAR AIR BAG ni sangatlah baik. Tahniah HONDA MALAYSIA walaupun saya ada history yang kurang menyenangkan dengan kes warranty yang tak boleh claim.

Tujuan posting kali ni saya nak share sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa, mungkin nyawa keluarga, sahabat-sahabat kita dan juga pemilik kereta HONDA khususnya.  Bagi yang perasan HONDA pernah recall keretanya disebabkan kegagalan Air Bag.  [Google: Honda Recalls More Than 2.2 Million Cars Over Faulty Takata Airbags]. Mungkin bagi kita ini isu biasa sebab kita rasa accident bukannya selalu berlaku dan tak siapa nak accident.

Sebenarnya kes Air Bag gagal berfungsi ni sangatlah bahaya, masa staff HONDA MALAYSIA tengah tukar Air Bag kereta saya, saya ambil peluang untuk tengok rupa Air Bag dan tanya beberapa soalan. Sekarang baru saya tahu rupanya yang gagal bukan Air Bag tapi inflator. Inflator ni besi bulat nipis yang mengeluarkan gas dan seterusnya mengaktifkan Air Bag bila berlaku kemalangan.  Inflator yang kena recall ni bukan sebab rosak tapi gagal berfungsi secara sepatutnya. Bila berlaku kemalangan inflator ini akan terkeluar menembusi Air Bag dan seterusnya menembusi stearing. Saya ingatkan ini perkara biasa rupanya INFLATOR NI KELUAR MACAM BULLET DITEMBAK DARI PISTOL YANG BOLEH MENEMBUSI SEAT, PASSENGER DAN JUGA BUMBUNG KERETA. Sekarang baru saya tahu betapa bahayanya kes Air Bag gagal ni.

Jadi walaupun kita pakai seat bealts, bila berlaku kemalangan kita mungkin mati@cedera parah akibat inflator yang keluar dari AirBag. Saya lampirkan beberapa artikel dibawah bekenaan kes-kes kematian disebabkan kegagalan Air Bag.

Akhir sekali, bagi yang sayangkan keluarga, sahabat-sahabat, dan jiran-jiran yang memiliki KERETA HONDA atau sesiapa juga yang memiliki kereta tolong pastikan mereka sedar akan bahayanya KES KEGAGALAN AIR BAG.

Untuk yang belum tukar dan nak tukar Air Bag, saya sertakan sekali lokasi-lokasi dimana anda boleh tukar selain dari diservice center HONDA.


LOKASI HUB PENUKARAN AIR BAG DI PUSAT MEMBELI BELAH (10.00pagi - 7.00 malam)
11-12 Mac (Sabtu & Ahad), Giant Hypermarket Setapak, Kuala Lumpur & Tesco Ara Damansara, Selangor
17-18 Mac (Jumaat & Sabtu), Tesco Mergong, Alor Setar Kedah
18-19 Mac (Sabtu & Abad), Tesco Extra Bandar Bukit Puchong, Selangor & Tesco Extra Cheras, Kuala Lumpur
24-25 Mac (Jumaat & Sabtu), Mydin Hypermarket Alor Setar, Kedah
25-26 Mac (Sabtu & Ahad), Tesco Bukit Beruntung, Selangor & Tesco Extra Klang Mall, Selangor

LOKASI HUB PENUKARAN AIR BAG DI PETRONAS (Buka Setiap Hari 8.00pg-5.50petang)
Stesen PETRONAS Ampang: Lot 15949, Taman Putera, 68000 Ampang Selangor
Stesen PETRONAS Skudai: Lot PTD 55821, Jalan Kebudayaan, Taman Universiti, 81300 Skudai Johor
Stesen PETRONAS Pengkalan Chepa: Lot 745, KM 3, Jalan Tok Guru, 15400 Kota Baharu, Kelantan
Stesen PETRONAS Kepayan: KM 6, Jalan Kepayan, 88803 Kota Kinabalu, Sabah
Stesen PETRONAS Mentakab: Lot PT 678, Batu 1, Jalan Karak 28400, Mentakab, Pahang

Rujukan:
Honda: Another Malaysian driver killed by defective airbag
http://www.therakyatpost.com/news/2016/09/28/honda-another-malaysian-driver-killed-by-defective-airbag/

Honda Malaysia says Takata airbag was ruptured in crash that killed driver
http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/honda-malaysia-says-takata-airbag-was-ruptured-in-crash-that-killed-driver

Takata air bag blamed for woman's death in Riverside County crash
http://www.latimes.com/business/autos/la-fi-hy-takata-airbag-riverside-20161020-snap-story.html

Honda Driver Death in Malaysia Adds to Takata Air Bags Fatalities

Note: Saya ada gambar inflator dan gambar kereta yang bumbungnya ditembusi inflator, cuma saya tak sharekan disini sebab bukan tujuan saya nak memalukan HONDA MALAYSIA. 

Comments

Popular posts from this blog

GRANT AND FUNDING FOR SME ENTREPRENEUR

OEM-ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURER

Nasihat Untuk Usahawan Muda