Nasib Peniaga Kecil Melayu & Sijil Halal


Salah seorang usahawan dibawah program coaching saya baru-baru ni beritahu saya ada hotel yang nak langgan makanan sejuk beku beliau tapi sebab tak ada pengiktirafan sijil Halal jadi hotel tak jadi nak ambik. Mungkin hotel tu lepas ni akan pegi kepada pengusaha berbangsa cina@india (non-muslim) yang ada sijil halal untuk dapatkan bekalan :). Rasanya agak kelakar kan. Bagi saya, saya lebih yakin makan makanan pengusaha melayu@muslim dari pengusaha non-muslim walaupun diaorang ada sijil halal, pada saya keyakinan saya bukan terletak pada kertas (sijil halal) tetapi pada 'kalimah tauhid' yang kita lafaskan. Kita pun tahu dah berapa banyak PENGUSAHA NON-MUSLIM yang ada sijil halal TAPI MELANGGAR PROSEDURE HALAL dan ini ADALAH FAKTA BUKAN AUTA.

Pernah sekali saya sarapan pagi di 'warong tepi jalan gombak' saya nampak makcik hantar kueh untuk diletakkan di warong tu, saya mula terfikir agaknya inilah NASIB PENGUSAHA MAKANAN MELAYU MUSLIM HANYA LAYAK DIWARONG-WARONG. Sembang saya kali ni tentang pengusaha kecil-kecilan yang sepatutnya kita BANTU DAN MUDAHKAN MEREKA BERNIAGA SUPAYA MENDAPAT TEMPAT DAN BOLEH KEMBANGKAN PASARAN. Kaedah implementasi persijilal halal yang ada sekarang hanya lebih mengekang dari membantu mereka.

Terdahulu sebelum ini saya pernah pergi ke UPM untuk program UCTC di UPM, masa tu saya berjumpa dengan Dr.Azhar antara lain hasil dari perbincangan, UPM beritahu saya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ada lebih kurang 200,000.00 ahli dan hanya 17 orang/syarikat sahaja yang berjaya dimendaftar untuk persijilan Halal. Ini baru mendaftar bukannya dapat sijil halal lagi. Bila saya tanya kenapa hanya 17 orang, Dr.Azhar kata sebab diaorang tak tahu guna komputer. Ini pun satu masalah lagi dan perlukan khidmat bantuan dari sahabat-sahabat usahawan yang lain.

Komen saya:
Apa kata kita kategorikan Persijilan Halal pada PEMILIK MUSLIM dan PEMILIK NON-MUSLIM.

1. Pemilik Muslim (Mungkin Sijil bewarna Hijau)
Bagi pemilik muslim kita gunapakai sistem seperti JPJ. Bagi yang baru mendaftar untuk mendapatkan sijil halal kita berikan sijil 'L' dengan syarat premis telah diperiksa dan ini adalah untuk sementara. Jadi mereka ada peluang untuk pasarkan makanan mereka dihotel-hotel dan kumpulkan model untuk besarkan perniagaan yang seterusnya boleh dapatkan sijil halal.

Sementara bagi sijil 'P', pemilik telah menerima sijil halal tetapi berada didalam tempoh percubaan selama 2 tahun bagi mempastikan pemilik terus mengutamakan aspek kebersihan, penggunaan pekerja muslim, mengambil dan mendapatkan belakan mentah dari peniaga muslim dan sebagainya.

2. Pemilik Non-Muslim (Mungkin Sijil bewarna Merah)
Dengan menggunakan sijil warna yang berasingan membolehkan pengunjung tahu dan lebih berhati-hati. Begitu juga peniaga non-muslim disebabkan ini juga mereka akan lebih berhati-hati untuk menjaga prosedure halal. Bagi pemilik sijil berwarna merah kita ikut prosedure yang ada sekarang cuma ditambahkan sistem bintang. Berjaya dapat sijil Halal kita bagi 5 bintang dan setiap kali melakukan kesalahan (melanggar syarat halal) 1 bintang akan ditolak dan mugkin penarikan semula sijil halal. Penolakan bintang ini akan berstatus kekal. Jadi pengusaha non-muslim tidak akan ambil sambil lewa kerana tidak mahu kekurangan bintang dan seterusnya menimbulkan syak dan keraguan bagi pengunjung beragama islam.

Nota: Perlaksanaan sijil halal ni perlu diteliti semula atau wujudkan kaedah/sistem berperingkat/pengkelasan. Betul kita perlukan satu standard khas bagi tujuan jangkapanjang tetapi kita juga mesti melihat 'quick win' atau dapatan jangpendek supaya memberikan galakan kepada pengusaha bumiputera@muslim bagi mengembangkan pasaran mereka dan bukannya menyekat mereka dari maju kehadapan. Harap pengusaha makanan muslim terutamanya akan dapat pembelaan kerana jumlahnya amat ramai dan perlukan keperihatinan dari badan yang berwajib.


Comments

Popular posts from this blog

GRANT AND FUNDING FOR SME ENTREPRENEUR

OEM-ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURER

Nasihat Untuk Usahawan Muda