GRANT AND FUNDING FOR SME ENTREPRENEUR

GRANT & FUNDING
 Topic: Grant & Funding for SME Entrepreneur
Date: 24/10/2016 (Isnin)
Venue: Auditorium, Ground Floor, Resource Centre. Technology Park Malaysia, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur

SPECIAL THANKS TO:
Speaker - Tn. Hj. Azra'i Shu'ib (Pengurus Besar Inkubator dan Pembangunan Teknopreneur, TPM)
TPM Team-Tn. Amir Rohaizat Meor Razak ( TPM-IIC Senior Manager)
TPM Team-Pn. Izniza Afzan Mustafa Albakri (TPM-IIC Manager)
TPM Team-Tn. Mohd Muhizam Shahid (TPM-IIC)
Speaker - Tuan, Johan Ishak, CEO, My Creative Ventures Sdn Bhd
Speaker - Tuan, Khairul Asyraf bin Yusof, Perbadanan Ushawan Nasional Berhad (PUNB)
Speaker - Tuan, Ghazali bin Hamzah, SME Corporation Malaysia
VCP Guest -Tuan, Megat Iskandar bin Megat Zaharuddin, Presiden Koperasi Kerabat Megat Terawis
VCP Guest -Tuan, Ryzul Osman, Assistant Registrar at Intellectual Property Corporation of Malaysia

Terima kasih yang tak terhingga juga pada 'all my Whatsapp CHAMPION', volenteer yang bantu saya uruskan peserta dari mula program sehingga tamat program: Pn.Amrah Harun, Tn.Syamil Yusoff, Cik Dalila Diyana Mohd Ariffin, Pn.Haslina Swandee, Pn.Adreen Mohammad, Pn. Nita Yusof, Pn. Rosniza Alias, Pn.Sheriza Salleh, Pn.Norfazlin bin Abd Ghafar, Pn.Nawarah Abdullah (ushawan tegar), Tn.Khairubi Mahmad, dan Tn. Mohd Faris.

Nota: Saya lebih suka guna VCP dari VIP, sebab saya anggap semua yang hadir adalah VIP. Cuma VCP adalah VIP yang komitted dan membantu.

KISAHNYA BERMULA DISINI.
Salah satu cabaran kepada ushawan didalam bisnes adalah modal. Memang modal bukan segalanya tapi merupakan salah satu faktor penyumbang yang boleh mempercepatkan prekembangan bisnes. Saya pernah dikritik oleh sahabat rapat saya dari sektor korporat kerana dikatakan memanjakan ushawan dengan mentaliti subsidi tapi saya telan saja sebab saya tahu orang yang mengkritik saya tak pernah terlibat membimbing ushawan jadi dia tidak tahu apa masalah ushawan.

Tetapi saya juga secara peribadi merasa jijik dengan sikap ada sesetengah ushawan yang berusaha mendapatkan geran tetapi bukan untuk berniaga, geran ini digunakan untuk menyara kehidupan harian. Kalau dapat bantuan mesin pun, mesin tu dijual semua sebagai sumber pendapatan. Bagi saya ini bukan ushawan tapi Granpreneur, dan kategori ini mesti diblacklist dari menerima apa-apa bantuan kerana telah menyalahgunakan geran dan mengambil hak orang lain yang sepatutnya lebih memerlukan.

APA ITU GERAN
Baru-baru ni saya organize program "Grant and Funding for SME Entrepreneur". Mulanya 200 orang kata nak datang tapi setelah disaring hanya 120 orang peserta saja yang terpilih. Program ni sebenarnya 'by invitation' dan saya buat untuk ushawan-ushawan dibawah bimbingan saya Cuma saya perluaskan sikit penyertaan kepada 'friends of friends' supaya sahabat-sahabat ushawan yang lain boleh jadi agent mewar-war kan dimana nak dapatkan Geran dan Tabungan untuk business.

Bila cakap jer GRANT, ramai yang salah anggap dan ingatkan Geran ni hanya berbentuk duit dan lebih buruk lagi ada yang ingat 'geran kereta atau geran rumah' J. Apapun Geran ni sebenarnya adalah BANTUAN PERCUMA, jadi bukan saja terhad dalam bentuk duit tapi juga datang dalam pelbagai bentuk termasuk; bantuan mesin, bantuan penjenamaan dan pemasaran, bantuan platform perniagaan, bantuan latihan dan bimbingan, bantuan khidmat nasihat, bantuan membesarkan premis, bantuan benih percuma, bantuan mempertingkatkan kebolehpasaran, bantuan mempertingkatkan proses dan mesin, bantuan kajiselidik, bantuan meluaskan kilang, bantuan modal kerja, bantuan mendapatkan teknologi luar, bantuan penyelidikan dan macam-macam lagi jenis bantuan.

APA ITU FUNDING
Sementara FUNDING atau TABUNGAN pula lebih kepada bentuk kemudahan kewangan selain dari pinjaman berinterest tinggi dari bank komersil. Bentuk bantuan kewangan ini juga pelbagai dan kebanyakannya tidak melibatkan penjamin, tidak memerlukan cagaran, boleh distruktur mengikut projek dan risiko yang rendah.

Ada yang tanya saya, "Kenapa perlu Funding kalau dah ada Geran?" Jawapan saya " geran ini bersifat sementara dan fokus kepada kumpulan-kumpulan sasar yang tertentu, dan lagi biasanya geran ini dibagi mengikut projek yang sedang kita jalankan tetapi bila kita dah mula nak kembangkan atau pertingkatkan bisnes kita perlukan dana atau budget lain jadi disitulah perlunya tabungan. Janganlah mengharapkan geran 100%, ini baru mentaliti yang salah dan tak layak jadi ushawan pun.

Di Malaysia ni terdapat lebih kurang 64 agensi yang memberikan kemudahan Grant & Funding dibawah 163 program. Banyak kan! Ye memang banyak tapi malangnya ramai ushawan yang tak tahu! Untuk itu bagi ushawan yang kata 'kerajaan tak bantu ushawan', atau 'kerajaan tak ikhlas nak bantu ushawan', ini sebenarnya adalah kata-kata kurang berasas. Jangan semua hal kita tunding jadi pada orang lain atau kerajaan tapi cuba kita tunding jari pada diri sendiri dan tanya sama-ada kita sudah bertanya atau berusaha untuk ambil tahu. Maaf saya bukan sembang politk dan statement saya ini tak perlu dipolitikkan juga.

SLIDE DAN BAHAN-BAHAN RUJUKAN
Dipendekkan cerita, saya bekalkan ringkasan dari seminar semalam didalam satu slide 'GRANT & FUNDING', dalam slide atas tu ada saya letakkan senarai pemberi Geran & Funding dan mengikut 'business stages', cuma saya tak masukkan semua dan saya akan update detail dari masa ke semasa. Untuk ushawan-ushawan dibawah bimbingan saya yang ikut program Business Coaching, saya sedang cuba organize small group session untuk bimbing dengan lebih specific yang mana yang saya boleh bantu.

Saya juga sekali lagi ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat saya dari agensi yang turun padang walaupun sibuk dengan schedule kerja dan terima kasih juga untuk sahabat saya tuan ryzul osman dari perbadanan harta intelek yang turut turun padang untuk bersama ushawan walaupun ini bukan program beliau.

Untuk slide pembentangan semua speaker, sila klik link-link dibawah:
Pembentangan dari My Creative Ventures: bit.ly/GF-MyCreative
Pembentangan dari PUNB: bit.ly/GF-PUNB
Pembentangan dari SME Corp: bit.ly/GF-SMECorp
Pembentangan dari TPM: bit.ly/GF-TPM



Comments

  1. Terima Kasih coach sbb ranggup layan kerenah kami smlm.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

OEM-ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURER

Nasihat Untuk Usahawan Muda