OEM-ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURER
APA ITU OEM.
Produk yang dikilangkan oleh orang lain untuk usahawan, jadi
ushawan tak perlu ada kilang untuk keluarkan produk. Apa kebaikan OEM ni pada
usahawan? Ada dua (2) kebaikan utama OEM.
01. Bila nak keluarkan sesuatu produk banyak STANDARD
INDUSTRI yang ushawan kena patuhi contohnya HAACP, MESTI, GMP, HALAL dan
lain-lain. Jadi bila OEM, semua standard industri ni kilang yang uruskan.
Usahwan hanya bayar pada kilang kos pengeluaran produk sahaja dan boleh terus
fokus pada aktiviti marketing dan branding.
02. Penjimatan kos, bila usahawan guna teknik OEM untuk
hasilkan produk banyak kos yang dapat dijimatkan. Contohnya kos pekerja, kos
pengankutan bahan mentah, kos operasi pengeluaran produk dan macam-macam lagi.
Dan kos yang paling banyak jimat adalah kos masa. Kilang akan uruskan semuanya
untuk kita dalam tempoh yang singkat, sekarangni biasanya sebulan dua dah
keluar.
KEBAIKAN OEM
Cuma saya nak nasihatkan dua perkara bagi ushawan yang nak
OEM.
01. Saya biasa jumpa ushawan yang pegi kilang ambil produk
yang dah ready, mintak kilang labelkan atas nama brand dia dan pasarkan. Ini
adalah cara yang berisiko tinggi sebab kita BUAT PRODUK DULU BARU CARI PASARAN.
Sepatutnya kita kenal pasaran kita dulu dan tahu kehendak pasaran baru kita
buat produk. Ramai ushawan yang dah buat kerja terbalik ni sebab dengar ushawan
lain dah berjaya hanya dengan OEM. Sebenarnya ushawan lain yang berjaya dengan
OEM tu bila keluarkan PRODUCT LINE EXENTSION dan bukannya NEW PRODUCT.
02. Kesilapan kedua yang biasa ushawan buat bila ushawan
ingat pemasaran ni semudah A.B.C. Pegi kelas FB Ads saja kita ingat produk kita
dah boleh meletup dipasaran. Pegi seminar MARKETING saja kita ingat produk kita
dah boleh laku cepat. Pemasaran bukan seperti yang kita sangka dan kalau silap
buat IMPAKNYA HANYALAH SHORT TERM dan akhirnya untung jual produk habis bayar
iklan pemasaran dan FBAds saja. Kalau tak percaya cuba tanya ramai usahwan yang
dah terjerat leher kesan dari 'SHORT TERM MARKETING' ni.
TEKNIK SELAIN DARI OEM
Teknik OEM ni mungkin baru bagi ushawan-ushawan kecil dia
Malaysia tapi sebenarnya dah lama digunakan untuk ushawan syarikat besar
(international). Contohnya bila syarikat dari oversea nak masuk pasaran
Malaysia dan nak keluarkan produk extension atas brand mereka, teknik yang
paling mudah selain dari buka kilang adalah OEM. Ada juga teknil lain semai
dari OEM dan teknik ni dipanggil ODM (Originak Design Manufacturer). ODM
bermaksud orang lain KELUARKAN & DESIGN PRODUK untuk ushawan. Apa yang memberzakan OEM dan ODM ni adalah dari
segi lesen dan pemilikan IP. OEM dan ODM ni popular untuk syarikat luar yang
nak masuk pasaran antarabangsa sebabnya ada sesetengah negara yang ketatkan
syarat pemilikan aset dari negara luar dan juga dari STANDARD INDUSTRI seperti
HALAL. ODM dan OEM ni ala-ala contract Manufacturing (CM) dalam sektor
pertanian dan industri makanan.
PELUANG OEM UNTUK PRODUK HALAL
Saya cerita bab OEM, CM dan ODM ni sebab ada sahabat ushawan
tanya saya apa itu OEM, tapi antara lain saya nak beritahu juga mengikut
laporan "SAIZ INDUSTRI HALAL SELURUH DUNIA ADALAH SEBANYAK 7 TRILION
SETAHUN" dan 30% DARIPADANYA ADALAH BERASASKAN MAKANAN. Jadi untuk ushawan
yang fokus kepada INDUSTRI HALAL, gunalah teknik OEM dan ODM ni untuk keluarkan
produk dan masuk pasaran.
Ramai sangat usahwan kita sebenarnya yang ada produk yang bagus-bagus tapa tak ada HALAL certificate, saya harap ushawan ni dapat gunakan teknik OEM ini untuk keluarkan produk. Kos OEM ni biasanya sekitar RM20K sahaja (ikut jenis produk, proses dan bahan yang digunakan). Kalau kos yang jadi masalah nanti 24 Oktober 2016 ni saya ada buat program "Grant and Funding for SME Entrepreneur", Cuma saya buat untuk kumpulan ushawan dibawah jaringan saya saja.
Ramai sangat usahwan kita sebenarnya yang ada produk yang bagus-bagus tapa tak ada HALAL certificate, saya harap ushawan ni dapat gunakan teknik OEM ini untuk keluarkan produk. Kos OEM ni biasanya sekitar RM20K sahaja (ikut jenis produk, proses dan bahan yang digunakan). Kalau kos yang jadi masalah nanti 24 Oktober 2016 ni saya ada buat program "Grant and Funding for SME Entrepreneur", Cuma saya buat untuk kumpulan ushawan dibawah jaringan saya saja.
Apapun kita sentiasa kena positif kerana "THERE IS
ALWAYS A WAY".
Comments
Post a Comment