Dilema Latihan dan Bimbingan
Harini di salah satu WhatsApp group saya ada ushawan PM saya dan tanya tentang 'Program Latihan @ Kursus' yang dijalankan oleh satu syarikat ushawan. Soalannya: "Coach bagus ke program latihan ni".
Jawapan Saya:
Semua bentuk latihan adalah baik kerana latihan membawa kita keluar dari kejahilan. Apapun kebanyakkan program latihan sekarang cuma menarik peserta untuk join program dengan memomokkan banyak topik dalam jangkamasa yang tak realistik.
Contoh Topik: Pemasaran Gen Y. Kandungan Program: Teknik SEO, Copywriting, FB Page & FB Ads, Pemasaran di Whatsapp dan Instagram, etc). Jangkamasa: 1 Hari.
Bagi saya ini bukan latihan tapi penderaan kepada peserta. Saya bercakap ni dari pengalaman saya lebih kurang 20 tahun didalam dunia latihan dan bimbingan. Saya tak nafikan topik-topik program tu bagus tapi mustahil boleh disampaikan dalam jangkamasa 1 hari. Saya faham organizer cuba dapatkan ramai peserta dan peserta pula cuba dapatkan ilmu sebanyak yang mungkin tapi ini bukan caranya.
SCENARIO LAIN:
Ada juga organizer yang buat topik yang realistik dan kandungan yang baik. Contoh Topik: Strategi Pemasaran Online: Kandungan Program: Strategi Kandungan dan Online Marketing Tools. Jangkmasa: 1 Hari.
Komen saya, dari segi topik, kandungan dan jangkamasa program adalah bersesuaian. Cuma yang tidak tepat bila penyertaan peserta disasarkan seramai mungkin dan kalau boleh penuh dewan. Ini sudah tidak tepat sebenarnya. Didalam dunia latihan dan bimbingan kita ada 'Learning Pedagogy'. Learning Pedagogy ni adalah 'the art and science' dalam pembelajaran. Sebabnya bukan semua teknik didalam menuntut ilmu itu sama atau orang putih kata "One Size Fits All". Kalau untuk tajuk latihan macam diatas dan pesertanya penuh dewan saya percaya yang benefit hanyalah organizer dan peserta hanya setakat TAHU TAPI TAK FAHAM.
ILMU DAN BENTUK LATIHAN
Sebab itula didalam dunia latihan dan bimbingan dan diuniversity Harvard sekalipun ada 'Class Size', untuk sesi Lecture boleh ramai tapi tutorial dilimitkan sebab akan banyak sesi 'soal jawab'. Begitu juga sebab tu ada jenis-jenis majlis ilmu: "Seminar, Pocket Talk, Training, Group Coaching, Personal Coaching" dan macam-macam lagi. Semua nama-nama program diatas tu menunjukkan teknik penyampaian ilmu yang berbeza. Sebab apa berbeza sebab 'objektif dan impak' dari hasil program itu berbeza.
Kalau kita buat program 'Technology Update' atau 'Seminar Motivasi' bolehla kita penuhkan satu dewan sebab aliran ilmu (knowledge transfer) untuk sesi ni adalah 90@ 1 way. Method untuk knowledge delivery sesi macam ni dipanggi 'Passive and Active'. Trainer@Speaker yang aktif bercakap tapi peserta passive dan hanya active mendengar. Objektif dan impak program macam ni hanyalah setakat TAHU atau kalau dalam Bloom Learning Taxonomy kita berada dilevel 'Remembering' & 'Aware'.
Cuba kita fikir sekejap, kenapa di universiti ada kelas dan kenapa tak buat kelas saiz padang bola saja dan guna audio dan big screen untuk mengajar. Kalau fikir balik bukannya universiti tak mampu nak buat tapi kenapa tak buat. Jawapannya sebab bukan semua ilmu boleh disampaikan secara berkesan dengan teknik 'stadium' ni.
RINGKASNYA:
Saya harap posting saya kali ni tidak menidakkan mana-mana pusat latihan atau ushawan didalam industri latihan walaupun ada yang kena setepek dimuka. Cuma kita kena ikhlas didalam membangunkan ushawan dan individu. Jangan kita perbodohkan orang yang tak tahu kerana ini adalah salah satu bentuk PENGAINAYAAN DIDALAM DUNIA AKADEMIK.
Kedua, kita kena boleh bezakan konsep TAHU, FAHAM dan MAHIR. Ketiga-tiga ni nampak sama tak tak serupa. Tahu tu hanya setakat ingat. Ramai orang yang tahu tapi tak faham macamana nak buat. Faham pulak maksudnya kita tahu dan boleh buat tapi takla betul-betul mahir. Contohnya bila buat BMC (Business Model Canvas) kita hanya tahu buat untuk business kita saja, bila kawan mintak tolong buatkan atau terangkan kita tak tahu.
Mahir pula maksudnya kita bukan saja tahu dan faham tapi kita boleh mengajar orang lain dan boleh guna pelbagai teknik untuk sampaikan ilmu tersebut. Jadi untuk peserta apa-apa program latihan pastikan anda jelas objektif anda attend sesuatu latihan. Adakah untuk hanya tahu, faham atau mahir.
Comments
Post a Comment