Acuan Kehidupan


Manusia dikatakan bertindak mengikut acuan dari didikan, pengalaman dan dimana dia bergaul@bersosial. Ringkasnya tindakan adalah Refleksi atau Pengaruh dari cara kita berfikir. Sebab itu didalam agama kita pun ada beritahu supaya kita pilih sahabat kerana sahabat akan memberikan tempiasnya pada kita.

Walaubagaimanapun kebanyakan pengaruh dari didikan, pengalaman dan pergaulan ini adalah impak 'general' didalam kehidupan kita yang akhirnya secara tidak langsung akan membentuk cara kita berfikir dan bertindak. Persoalannya bagaimana kalau kita ingin 'membentuk anak-anak kita atau diri kita sendiri kepada sesuatu acuan yang kita mahu'.

Teknik paling mudah adalah dengan dua (2) cara iaitu 'pergaulan dan pendedahan'.

TEKNIK 1
Sekiranya kita atau kita mahu anak-anak kita menjadi usahawan, kita harus 'dedahkan@expose' kan mereka dengan dunia ushawan, bawa mereka ke seminar ushawan, pameran ushawan dan bengkel-bengkel latihan ushawan. Teknik pendedahan ini akan memberikan mereka bukan sahaja ilmu tetapi juga 'big picture' dan 'minat' di dalam dunia ushawan.Berniaga ni bukan boleh dipaksa-paksa tetapi minat boleh didatangkan dengan memberikan pendedahan.

TEKNIK 2
Teknik kedua pula adalah 'pergaulan', kita harus mula galakan mereka ini atau diri kita sendiri 'bergaul@bernetwork' dengan jaringan ushawan yang ada. Ramai ushawan yang tak sedar 'pergaulan' ini bukan sahaja salah satu teknik pemasaran tetapi juga sumber rezeki. Dedahkan mereka kepada jaringan ushawan dan persatuan-persatuan yang ada sama ada online dan offline. Pergaulan ini akan memberikan mereka tips, ilmu dan pendidikan secara tidak formal tentang 'life sebagai usahawan'.


Kedua-dua teknik yang saya kongsikan diatas bukan saja untuk ushawan tetapi juga boleh digunakan didalam kehidupan kita. Ringkasnya dimana kita bayak  'didedahkan dan banyak bergaul' akan memberikan acuan kepada fikiran dan tindakan kita akan datang. Jadi, pilih acuan yang betul dan jangan biarkan persekitaran yang membentuk kita. 

Comments

Popular posts from this blog

GRANT AND FUNDING FOR SME ENTREPRENEUR

OEM-ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURER

Nasihat Untuk Usahawan Muda