PRODUK HERBA DAN STANDARD
Bila berniaga kita ni kena tahu dan patuh pada 'Standard & Compliences'. Kalau diperingkat antarabangsa kita ada ISO (International Organization for Standardsation) dan di negara kita pula kita ada Standard Malaysia (Department of Standard Malaysia) dibawah MOSTI.
JENIS STANDARD
Untuk standard ni kita ada 4 jenis standard. 1. International Standard, 2. Regional Standard, 3. National Standard dan 4. Industry standard. Jadi produk kita dah ada standard yang mana satu?
KENAPA PERLU STANDARD
Kenapa kita perlu comply dengan standard ni, sebenarnya bila kita comply dengan standard ni produk kita akan lebih mudah dipasarkan kerana pelanggan akan lebih yakin. Dengan adanya standard juga produk kita bukan saya boleh akses pasaran local tapi juga mudah nak dieksport. Ini bergantung standard mana yang kita dah comply. Cuma ada sesetengah usahwan yang saya jumpa sibuk pergi exbition sini sana dan buat pemasaran gila-gila sedangkan produk belum ada satu standard pun, boleh bukan tak boleh tapi risiko tinggi J. Kedua bila ada standard nilai brand kita (brand equity) akan jadi lebih tinggi. Macam-macam lagi sebenarnya J.
USHAWAN HERBA (MAKANAN)
Kebelakangan ni ramai ushawan berasaskan TCM datang jumpa saya dan antaranya pengusaha herba. Sebenarnya untuk produk makanan berasaskan herba ada tiga kumpulan. 1. Ubatan Herba 2. Makanan Botani dan 3. Antarafasa mMakanan-Ubatan.
Posting kali ni saya khaskan pada usahwan TCM atau khususnya pada ushawan yang mengusahakan produk herba. Produk herba ni pun ada juga standarnya, contoh FOSHU (Food for Specified Health Uses), USFDA (U.S Food and Drugs Administration) dan lain-lain. Di negara kita produk makanan dikawal dibawah Akta Makanan dan Peraturan-Peraturan Makanan (BKMM). Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada buat pengkelasan untuk produk makanan-ubatan atau FDI (Food-Drug Interphase). Di bawah sistem FDI produk herba akan dikategorikan sebagai produk farmaseutikal dan dikawan dibawah Akta Dadah oleh Biro Pengawalan Farmesutikal Kebangsaan (BPFK).
Bagi ushawan yang buat herba sebagai 'makanan kesihatan' sebenarnya ini termasuk di bawah NUTRASEUTIKAL, makanan berfungsi, bio-perubatan atau supplement (penambah diet). Bila produk makanan boleh dikategorikan jadi 'makanan kesihatan'? Jawapannya bila ada sebatian aktif @active ingredient yang ada faedah untuk kesihatan penggunanya.
Untuk tahu ada tak ada sebatian aktif@active ingredient ni, maka kenalah kita buat lab testing, dimana nak buat lab testing ni? banyak tempat ada tapi yang confirm saya tahu lengkap ada di UPM dan di Teknologi Park Malaysia.
STRATEGI SHORTCUT-TEKNIK REBRAND
Ushawan produk herba di Malaysia ni kebanyakannya bukan semuanya buat sendiri, ada yang ambil produk dari Filipina dan Vietnam dan di re-brand ke nama tempatan contoh kalau di vietnam namanya White Crocodile (bukan nama sebenar) bila dah masuk Malaysia di rebrand jadi Minah Selamat (juga bukan nama sebenar). Ada usahwan yang buat shortcut macam ni, cuma nasihat saya walaupun produk White Crocodile ada 'National Standard' (standard vietnam) tapi bila masuk Malaysia kena ikut juga standard di Malaysia contohnya HALAL DAN KKM.
Bila buat macam ni macamana dengan ingredient (bahan-bahan)? ingredient boleh pakai ingredient yang sama kecuali ada isu IP (intelektual property) ataupun ada kandungan yang tidak halal, hal yang ni selesaikan la dulu ye J.
Rasanya cukuplah dulu bebelan akademik untuk kali ni J, sebelum ada yang bosan membacanya.
Note: Inilah cabaran saya didalam industri bila usahwan datang tanya saya tapi masa datang tu dia dah buat banyak kerosakan pada brand dan business. Bila saya tanya kenapa dia pasarkan sebelum produk ready? dia kata Sifu XYZ yang suruh sebab pegi kelas pemasaran. Inilah yang payahnya bila ramai sangat sifu. Nasihat saya kalau nak menuntut ilmu ni jangan banyak sangat sifu, kalau ramai sangat nanti tak tahu sifu mana nak ikut J.
Kedua bila mintak nasihat sifu tu pastikan sifu tu dah buat business analysis dan jangan hanya nasihat ikut sedap mulut. Kita yang bertanya pun kena pandai menilai. Contoh macam kita pegi hospital bila dah buat full medical check-up baru senang nak diagnosis dan bukan terus bagi ubat.
Comments
Post a Comment