Posts

Showing posts from June, 2016

Interview Bersama 400 Orang Usahawan

Image
Kenapa usahawan sanggup ambil risiko, kadang-kadang belum tentu buat duit pun. Jawapannya seperti diatas.Tapi itu jawapan mereka, apa pula jawapan anda. Note: Interview ini di buat di Seattle pada 26 May 2009 dengan 400+ usahawan micro.

Pasaran Tak Penting

Image
Kalau saya beritahu pasaran tak penting percaya tak?. Tajuk tu gimmik jer sebenarnya. Pasaran memang penting tapi ada satu perkara lagi yang lebih penting sebelum pasaran, ingat ya saya cakap SEBELUM PASARAN bukannya pasaran tak penting. Perkara yang lebih penting sebelum pasaran adalah produk dan ini termasuklah perkhidmatan. Fikirkan apa gunanya saiz pasaran kita sebesar Facebook tapi tak ada siapa suka produk kita. Sebab tu hari ni ramai yang berniaga dan buat marketing di Facebook tapi akhirnya gulung tikar. Ingat saya beritahu, kalau produk kita tak bagus saiz pasaran besar manapun tak guna, kalau produk kita tak bagus tapi brand kita bagus akhirnya produk tu akan rosakkan nama brand kita. Jadi nasihat saya sebelum kita mulakan pemasaran, sebelum kita jual secara besar-besaran kita pastikan dulu produk kita ada permintaan dan disukai ramai. Luangkan masa seminggu-dua untuk buat market validation (penerimaan pasaran), dapatkan bukti produk kita ada permintaan baru mula berni

Nasihat Untuk Usahawan Muda

Image
Bermula tahun 2014 hinggalah tahun ini 2016 saya nampak banyak perubahan especially bila anak-anak muda mula aktif berniaga. Saya kagum sebenarnya bila jumpa usahawan-usahawan terutama yang baru lepas universiti terus berniaga. Cuma saya nak pesan kalau nak jadi usahawan kena SUPER SERIUS dan bukan sebab tak dapat kerja kitapun pilih untuk jadi usahawan. Jadi usahawan ni perlu ada satu kualiti yang paling penting, nak tahu apa? '"HATI PERLU KENTAL DAN MUKA KENA TEBAL". Ada juga bila saya tanya 'kenapa pilih untuk berniaga?' dia jawab 'sebab dia tak boleh kerja bawah orang', orang macam ni juga saya nak beritahu kalau kita tak boleh kerja bawah orang jangan mimpi nak berjaya jadi usahawan sebab usahawan memang kerja bawah orang. Maksud saya melayan kerenah pelanggan, pelanggan nak itu dan ini dan beritahu kita macam-macam. Nak jadi usahawan kita tak boleh ego, jangan kita ingat kita saja betul dan orang lain tak betul. Bila sikap dah dibetulkan

Facebook Bukan Segalanya

Image
Saya tahu ramai usahawan-usahawan terutama yang didalam kategori 'Start-Up' sangat memerlukan Facebook untuk kembangkan business diaorang. Nak tahu, Good Newsnya Facebook memang salah satu medium media sosial yang paling ramai penggunanya. Terkini terdapat 1.65juta pengguna aktif setiap bulan di Facebook. Bad Newsnya pula saya nak bagitahu FACEBOOK BUKAN SEGALANYA, ye maksud saya sehebat mana kita gunakan Facebook untuk iklankan produk kita peratus untuk berjaya adalah hanya 10% sahaja. Mungkin ada sahabat-sahabat saya yang pelik kenapa saya cakap macam ni. Sebenarnya kalau kita fahami dengan betul MARKETING adalah salah satu dari lima aspek utama sesuatu perniagaan selain daripada Pengurusan, Sumber Manusia, Kewangan, dan Operasi. Jadi menggunakan Facebook sebagai salah satu alat pemasaran (MARKETING TOOLS) bukanlah faktor kejayaan sesuatu perniagaan. Saya beritahu ni sebab nak elakan persepsi kebanyakan usahawan baru yang ingat diaorang hebat di Facebook dan akan he

Facebook Contact

Image
Seorang sahabat saya tanya, macamana nak report kalau ramai sangat 'scammers' yang add friend dan kebanyakan 'scammers' ni menyamar guna gambar perempuan cantik dan seksi supaya kita add sebagai friend. Jawapan: Sebenarnya sekarang ni memang banyak 'scammers' dalam Facebook. Antara yang paling top adalah 'African Scammers' @ dikenali sebangai 'Mat Black' di Malaysia ni. Sekarang ni pulak dah ramai 'Asian Scammers' kebanyakannya tiru cara Mat Black guna isu lain seperti perlukan sumbangan ikhlas nak belajar agama dan orang susah (anak sakit) yang perlukan bantuan. Kali ni saya ceritakan tentang African Scammer (AS). Malaysia adalah negara ketiga selepas West Africa dan Soviet Union' yang menjadi target African Scammer ni. Biasanya African Scammer akan masuk kenegara kita sebagai pelajar dengan visa student. Langkah kedua diaorang akan cari mangsa a.k.a 'love lover'. Kalau mangsa tu lelaki African Scammer  ni akan me

Facebook Page vs Facebook Profile

Image
Baru-baru ni saya handle latihan untuk usahawan inovasi seluruh Malaysia, bila saya tanya tentang facebook rupanya ramai yang tak pasti beza antara facebook page dan facebook profile dan lebih buruk lagi ramai pula yang berniaga di facebook profile. Ringkasnya: Facebook profile adalah untuk individu dan Facebook page adalah untuk organisasi / business /. Di Facebook profile rakan-rakan kita dipanggil 'facebook friends' dan di facebook page rakan-rakan kita dipanggil 'facebook fan'. Jadi sekiranya kita buat Facebook untuk sekolah, pasukan bola, kelab, business dan lain-lain, facebook page adalah lebih sesuai. Mungkin kita banyak kali tengok orang buat business online guna facebook profile, boleh jer!. Ye memang boleh tetapi kita sebenarnya dah langar polisi Facebook dan akaun kita boleh ditutup@terminate pada bila-bila masa sahaja. Tak percaya suruh salah sorang 'facebook friend' buat report pada Facebook. Dari segi posting keduanya tak ada beza, kita b