10 PERKARA PEMILIK GERAI KENA TAHU UNTUK BERJAYA



Pagi tadi saya ke Lazeez, Laziez ni gerai makan sahabat saya, tuan Jakfar Rosli.  Saya dah janji dengan tuan jakfar nak datang ke gerai dia dah lebih sebulan dan akhirnya pagi ni baru dapat peluang. Saya selalu beritahu sahabat-sahabat saya, 'dalam hidup ni kita memang akan sentiasa sibuk dan tak ada masa, jadi kita yang kena adakan masa'. Untuk tu saya adakan masa hari ni untuk ke bangi melawat tuan Jakfar.

Untuk lebih ikhlas lagi sepatutnya hari ini saya ada appointment tapi semalam saya dapat call appointment tu dibatalkan, nasib baiklah 'to do list' saya yang pending sangat banyak dan antara 'to do list' yang tertangguh adalah melawat Laziez. Apapun sebelum saya kongsikan tentang visit saya ke Laziez ni saya nak share sikit tentang 'appointment' @ temujanji. Memang ada individu yang suka buat temujanji tapi setakat dimulut saja tanpa masukkan dalam kalender dan block date tu.

Sebenarnya saya sangat tak suka orang yang buat 'janji@appointment' dan kemudian simply cancle sebab ada hal-hal lain kononnya. Mudahnya macam inilah, kalau harini kita agree nak adakan temujanji kita sepatutnya masukkan terus dalam kalendar dan block date tu. Jadi bila ada orang lain nak buat appointment takla clash dengan date yang kita dah block. Bab appointment ni nampak mudah tapi sebenarnya ia menunjukkan kredibiliti kita dan sikap kita, okey tu jer bab 'tak menetapi janji' takut nanti ada yang panas telinga.

Saya sampai Laziez dalam pukul 8.00pagi. Habis Teh Tarik dan Mee Rebus sepinggan tapi tuan Jakfar masih tak perasan saya kat situ, sampaila order kedua, Lontong & Kopi-O baru tuan jakfar nampak saya. Amboi! Bagus business dia pagi ni. Tak lama saya di Laziez sahabat saya puan Siti Aminah dan Husband'nye pun join sekali dan semakin meriahla suasana J.

Apapun tadi saya kongsikan pada tuan Jakfar tentang 10 perkara penting untuk ushawan yang berniaga gerai / restaurant / cafe / etc..etc.  Saya sharekan juga untuk sahabat-sahabt di facebook.

01.Concept: Konsep ni adalah 'look and feel' kedai kita, macam contoh McDonald konsepnya 'family restaurant', jadi warnanya ceria dan menunya pelbagai sebab 'family' mestilah ada menu untuk seisi keluarga. Untuk tu, konsep adalah sangat penting untuk pelanggan kenal kita dan bezakan kita dari orang lain.

02. Experience: Experience adalah apa yang kita cuba tinggalkan dihati pelanggan sewaktu dia berada digerai kita dan selepas dia balik. Seperti posting saya sebelum ni saya ada beritahu 'Good Experence = Potential Revenue' dan 'Bad Experience = Lost Sales'. Untuk Laziez saya bagi 5 bintang sebab makanan sampai kurang dari 3 minit dari masa saya order.

03. Menu: Menu ni ada orang nampak simple tapi sebenarnya tidak, menu yang kita buat perlu sesuai dengan konsep dan target market kita. Pemilihan menu dan banyaknya menu juga ada implikasi pada kos operasi dan bahan mentah. Di Laziez menunya simple tapi mencukupi. Lontong, Mee Rebus, Satay dan Nasi Lemak Ayam Berempah – dari 4 menu utama ni kita tahu siapa penggemarnya.

04. Price: Bila sentuh bab harga apa yang kita perlu tahu adalah 'Business Model dan Revenue Model' kita. Bagi pengunjung yang pertama kali datang ke Laziez tentunya akan terkejut sebab harga makanan di Laziez ni sangat berpatutan (murah), bayangkan satay baru 70sen secucuk, Mee Rebus dan Lontong baru RM3.50 sahaja. Tapi Laziez ada rahsia Business Model dan Revenue model yang membolehkan dia maintan harga semurah tu, nak tahu camana kena tanya tuannya J

05. Parking: Pakir ni penting sebab tanpa paking yang cukup atau susah nak parking, pelangga tak akan nak datang ke tempat kita, kalau datang pun mungkin sekali sahaja. Jadi nasihat saya bagi sahabat-sahabat yang berniaga cuba sedaya upaya cari tempat yang mudah parking dan kalau boleh yang FREE parking.

Saya rasa cukuplah saya cerita lima ni dulu lagi lima (5) diwaktu-waktu yang akan datang bila saya review tempat sahabat-sahabat saya yang lain, kalau tak nanti ada yang marah saya sebab semua posting saya panjang-panjang dan lebih nak membacanya.

Untuk sahabat-sahabat saya nak nak try sarapan pagi yang hebat boleh la ke gerai Laziez di 3365, Jalan 18/31, Taman Sri Serdang. Tampatnya belakang UPM atau belakang JPN. Guna Waze untuk mudah kesana. Untuk tuan Jakfar dan puan Siti Aminah & Husband, terim kasih belanja saya sarapan dan semoga Allah permudahkan rezeki dan keberkatan.






Comments

Popular posts from this blog

GRANT AND FUNDING FOR SME ENTREPRENEUR

OEM-ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURER

Nasihat Untuk Usahawan Muda