NEW ERA OF MARKETING
saya rasa sebelum kita memahami tentang pemasaran
ada baiknya kita juga memahami sedikit sebanyak tentang latarbelakang aktiviti
pemasaran dan kaitannya dengan prekembangan aktiviti keushawanan. Saya
bahagikan posting saya mengikut abad supaya kita dengan mudah nampak perbezaan
fokus aktiviti utama pemasaran.
Pemasaran di
Abad Ke-16: Era pemasaran sebenarnya mula rancak bermula pada kurun ke-16
lagi, cumanya pada kurun ke-16 kekuatan pemasaran bergantung pada konsep 'Made
to Order'. Kebanyakan produk pada era ini adalah berasaskan kraftangan dan
dayasaing bisnes bedasarkan reputasi, diera ini tiada lagi konsep
BRANDING@penjenamaan. Kerjaya sebagai Tukang@Artisan adalah sangat dihormati
pada waktu tu.
Pemasaran di
Abad Ke-17 dan 18: Apapun pada kurun ke-17 dan 18 ushawan sudah beralih
arah ke sektor industri (Manufacturing Era), kekuatan pemasaran bergantung
kepada pemilikan mesin. Produk tidak lagi unik tetapi mula dikeluarkan secara
'mass production' dan 'standard' adalah amat diutamakan. Dengan bermulanya era
industri produk dapat dimiliki dengan harga yang lebih murah.
Pemasaran di
Abad Ke-19: Pada kurun ke-19 pula pemilik kilang (mesin) mula mengetahui
kekuatan sebenar industri bukan terletak pada mesin dan pengeluaran tetapi pada
banyaknya jualan. Strategi baru mula dirangka dengan mengukuhkan dan menambah
'sales network'. Dengan strategi ini jualan dapat ditingkatkan dan kos pengeluaran
semakin dapat dikurangkan.
Pemasaran di
Abad Ke-20: Apabila bisnes semakin rancak berkembang maka semakin ramailah
'player@pesaing' masuk pasaran. Kebanyakan produk yang sama mula dikeluarkan
dan pesaingan bergantung kepada teknik 'mass marketing'. Pada kurun ke-20
pengiklanan dan pemasaran di TV dan Radio mula mendapat perhatian dan wujudlah
stesen-stesen TV dan Radio untuk support aktiviti pemasaran. Persaingan
aktiviti pemasaran mula menjadi strategi bisnes dan ushawan mula tahu tentang
pentingnya keunikan (differentiation) dan fokus kepada kehendak pelanggan. Pada
kurun ke-20 lah bermulanya era sebenar bagi aktiviti pemasaran.
Pemasaran di
Abad Ke-21: Kini kita berada di abad ke-21 dimana keunikan sahaja tidak
lagi menjadi strategi utama pemasaran. Pelanggan bukan sahaja memandang
keunikan sebagai salah satu faktor penentu tetapi juga mementingkan
'perkhidmatan@service' dan 'total experience' semasa dan sesudah berurusan
dengan sesuatu produk@brand. Kecanggihan teknologi dan inovasi membuatkan
keunikan pada produk hanya dapat bertahan sekejap sahaja. Abad ke-21 adalah
persaingan terhadap 'total experience' dimana emosi pengguna menjadi pengukur
kepada kejayaan dan kegagalan ushawan.
Ringkasnya, saya telah kongsikan dan jelaskan
tentang perubahan pada aktiviti pemasaran mengikut stage didalam industri. Sekiranya
saya tanya apakah fokus strategi aktiviti pemasaran bisnes kita hari ini. Apakah
jawapannya? Adakah kita masih menggunakan strategi di abad ke 16 ataupun sudah
sepatutnya kita mengubah strategi ke abad- 21.
Saya juga ada sediakan link untuk posting ini dikongsi dan dimuat turun. Ada sedikit penambahan maklumat di Ebook seperti: Ringkasan Fokus Aktiviti Pemasaran &
Industry Strength. http://bit.ly/NewMarketingEra
Comments
Post a Comment