BUSINESS VS RISK
Harini saya ke TPM sebab ada perjumpaan@lawatan dengan Persatuan Dewan
Peniaga Islam Melayu Kuala Lumpur dan juga nak siapkan report Business Coaching
untuk pemenang-pemenang TERAJU-SUPERB. Saya tengok ramai ushawan yang datang ke
TPM untuk dapatkan maklumat tentang binses. Alhamdulilah syukur sebab ramai
ushawan dah mula sedar tentang pentingnya maklumat. Tapi maklumat saja cukup ke
unutk berjaya dalam bisnes?.
Hari ni saya kongsikan 3 perkara penting yang ushawan kena tahu untuk
berjaya.
Pertama, untuk berjaya ushawan perlu ada perancangan dan perancangan ni
tak boleh main ingat-ingat saja. Perancangan ni perlu ditulis dan dijadikan
manual pergerakan aktiviti bisnes. Usahawan yang tidak ada perancangan akan
mengambil masa yang lama untuk progress dan kalau ada progress pun amatlah
sedikit. Kalau semangat tak kuat nanti bisnes hanya akan separuh jalan.
Kedua, bagi yang baru berniaga atau yang dah lama berniaga tapi tiada
progress cuba buat 'reckoning' (muhasabah) dan tanya diri kita kenapa tak ada
progress. Jawapannya mudah saja, bisnes ni tidak boleh berkonsepkan 'trial and
error' kalau 'trial and error' Itu maksudnya kita dah memperjudikan nasib.
Bisnes ni sebenarnya 'calculated risk', maksudnya kita dah boleh tahu risiko
yang kita akan hadapi dan ada perancangan untuk menangani risiko. (Contoh
risiko: produk tak diterima pasaran, sale tiada progress, brand tidak dikenali
dan lain-lain). Jadi untuk tidak hanya berharap pada nasib atau 'trial and
error', kita perlu belajar atau
mendapatkan bimbingan.
Faktor ketiga adalah tentang ilmu. Untuk tidak sesat dalam dunia bisnes
kita perlu belajar atau mendapatkan bimbingan. Bimbingan ni kita boleh dapat
dari mentor ataupun business coach (posting saya sebelum ini saya dah beritahu
beza mentor dan business coach). Ada ushawan yang jumpa saya di sesi teh tarik
untuk saya bantu, ye memang kalau ada masa insyAllah saya akan bantu, cumanya
masa saya juga terhad dan tak ramai yang dapat saya bantu disesi teh tarik.
Untuk yang lebih serious nak berjaya saya nasihatkan dapatkan khidmat business
coach, kalau bukan saya pun tak apa tapi dapatkan bimbingan secara oficial dan
seious. Sesi teh tarik saja sangat tak cukup sebenarnya. Sesi teh tarik ni
lebih kepada 'troubleshoot issues' tetapi sesi 'business coaching' adalah
sangat berbeza kerana bimbingan akan dibuat dari tiga apek utama contohnya
tentang bisnes, tentang produk dan juga tentang ushawan itu sendiri.
Takut tak bawa kita kemana-mana dan berani perlu bertampat. Akhir
sekali pesan saya; kita perlu berani mengubah mentality binses berkonsepkan
'trial and error' kepada 'plan progress' dengan kaedah business coaching.
Nota: Percayalah syaitan tu sentiasa meniupkan keraguan dan
syakwasangka.
Comments
Post a Comment