Posts

Showing posts from 2016

3 MINUTES PITCHING

4 DEADLY MARKETING MISTAKE

Image
Kebanyakan ushawan menjalankan aktiviti pemasaran sebagai salah satu 'event khusus' terutamanya bila ada 'new product launching' dan 'promotion'. Ini sebenarnya adalah tanggapan yang tidak tepat. Pemasaran adalah satu PROSES DAN BUKAN EVENT KHUSUS, proses maksudnya aktiviti yang berterusan. Apa yang berbeza adalah OBJEKTIF, BUDGET & KEKERAPAN aktiviti pemasaran itu dibuat apabila bisnes berada pada stage dan pasaran yang berbeza. Contohnya kita lihat syarikat pengeluar kereta seperti PROTON akan mengeluarkan 'teaser' sebelum 'new product launching' untuk membuatkan pelanggannya tertanya-tanya@ternanti-nanti untuk melihat design kereta yang bakal keluar sebagai salah satu stage 'awareness' bagi produk kereta baharu mereka. Objektif, budget dan kekerapan untuk tujuan 'awareness' di peringkat 'teaser' ini sudah tentu berbeza apabila PROTON mengiklankan kereta lain yang telah sedia-ada dipasaran. Kesilapan kedua apa

NEW ERA OF MARKETING

Image
saya rasa sebelum kita memahami tentang pemasaran ada baiknya kita juga memahami sedikit sebanyak tentang latarbelakang aktiviti pemasaran dan kaitannya dengan prekembangan aktiviti keushawanan. Saya bahagikan posting saya mengikut abad supaya kita dengan mudah nampak perbezaan fokus aktiviti utama pemasaran. Pemasaran di Abad Ke-16: Era pemasaran sebenarnya mula rancak bermula pada kurun ke-16 lagi, cumanya pada kurun ke-16 kekuatan pemasaran bergantung pada konsep 'Made to Order'. Kebanyakan produk pada era ini adalah berasaskan kraftangan dan dayasaing bisnes bedasarkan reputasi, diera ini tiada lagi konsep BRANDING@penjenamaan. Kerjaya sebagai Tukang@Artisan adalah sangat dihormati pada waktu tu. Pemasaran di Abad Ke-17 dan 18: Apapun pada kurun ke-17 dan 18 ushawan sudah beralih arah ke sektor industri (Manufacturing Era), kekuatan pemasaran bergantung kepada pemilikan mesin. Produk tidak lagi unik tetapi mula dikeluarkan secara 'mass production' dan 

10 PERKARA PEMILIK GERAI KENA TAHU UNTUK BERJAYA

Image
Pagi tadi saya ke Lazeez, Laziez ni gerai makan sahabat saya, tuan Jakfar Rosli.  Saya dah janji dengan tuan jakfar nak datang ke gerai dia dah lebih sebulan dan akhirnya pagi ni baru dapat peluang. Saya selalu beritahu sahabat-sahabat saya, 'dalam hidup ni kita memang akan sentiasa sibuk dan tak ada masa, jadi kita yang kena adakan masa'. Untuk tu saya adakan masa hari ni untuk ke bangi melawat tuan Jakfar. Untuk lebih ikhlas lagi sepatutnya hari ini saya ada appointment tapi semalam saya dapat call appointment tu dibatalkan, nasib baiklah 'to do list' saya yang pending sangat banyak dan antara 'to do list' yang tertangguh adalah melawat Laziez. Apapun sebelum saya kongsikan tentang visit saya ke Laziez ni saya nak share sikit tentang 'appointment' @ temujanji. Memang ada individu yang suka buat temujanji tapi setakat dimulut saja tanpa masukkan dalam kalender dan block date tu. Sebenarnya saya sangat tak suka orang yang buat 'janji@a

GRANT AND FUNDING FOR SME ENTREPRENEUR

Image
GRANT & FUNDING   Topic: Grant & Funding for SME Entrepreneur Date: 24/10/2016 (Isnin) Venue: Auditorium, Ground Floor, Resource Centre. Technology Park Malaysia, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur SPECIAL THANKS TO: Speaker - Tn. Hj. Azra'i Shu'ib (Pengurus Besar Inkubator dan Pembangunan Teknopreneur, TPM) TPM Team-Tn. Amir Rohaizat Meor Razak ( TPM-IIC Senior Manager) TPM Team-Pn. Izniza Afzan Mustafa Albakri (TPM-IIC Manager) TPM Team-Tn. Mohd Muhizam Shahid (TPM-IIC) Speaker - Tuan, Johan Ishak, CEO, My Creative Ventures Sdn Bhd Speaker - Tuan, Khairul Asyraf bin Yusof, Perbadanan Ushawan Nasional Berhad (PUNB) Speaker - Tuan, Ghazali bin Hamzah, SME Corporation Malaysia VCP Guest -Tuan, Megat Iskandar bin Megat Zaharuddin, Presiden Koperasi Kerabat Megat Terawis VCP Guest -Tuan, Ryzul Osman, Assistant Registrar at Intellectual Property Corporation of Malaysia Terima kasih yang tak terhingga juga pada 'all my Whatsapp CHAMPION

Acuan Kehidupan

Image
Manusia dikatakan bertindak mengikut acuan dari didikan, pengalaman dan dimana dia bergaul@bersosial. Ringkasnya tindakan adalah Refleksi atau Pengaruh dari cara kita berfikir. Sebab itu didalam agama kita pun ada beritahu supaya kita pilih sahabat kerana sahabat akan memberikan tempiasnya pada kita. Walaubagaimanapun kebanyakan pengaruh dari didikan, pengalaman dan pergaulan ini adalah impak 'general' didalam kehidupan kita yang akhirnya secara tidak langsung akan membentuk cara kita berfikir dan bertindak. Persoalannya bagaimana kalau kita ingin 'membentuk anak-anak kita atau diri kita sendiri kepada sesuatu acuan yang kita mahu'. Teknik paling mudah adalah dengan dua (2) cara iaitu 'pergaulan dan pendedahan'. TEKNIK 1 Sekiranya kita atau kita mahu anak-anak kita menjadi usahawan, kita harus 'dedahkan@expose' kan mereka dengan dunia ushawan, bawa mereka ke seminar ushawan, pameran ushawan dan bengkel-bengkel latihan ushawan. Teknik pe

Dilema Latihan dan Bimbingan

Image
Harini di salah satu WhatsApp group saya ada ushawan PM saya dan tanya tentang 'Program Latihan @ Kursus' yang dijalankan oleh satu syarikat ushawan. Soalannya: "Coach bagus ke program latihan ni". Jawapan Saya: Semua bentuk latihan adalah baik kerana latihan membawa kita keluar dari kejahilan. Apapun kebanyakkan program latihan sekarang cuma menarik peserta untuk join program dengan memomokkan banyak topik dalam jangkamasa yang tak realistik. Contoh Topik: Pemasaran Gen Y. Kandungan Program: Teknik SEO, Copywriting, FB Page & FB Ads, Pemasaran di Whatsapp dan Instagram, etc). Jangkamasa: 1 Hari. Bagi saya ini bukan latihan tapi penderaan kepada peserta. Saya bercakap ni dari pengalaman saya lebih kurang 20 tahun didalam dunia latihan dan bimbingan. Saya tak nafikan topik-topik program tu bagus tapi mustahil boleh disampaikan dalam jangkamasa 1 hari. Saya faham organizer cuba dapatkan ramai peserta dan peserta pula cuba dapatkan ilmu sebanyak yang mungk

OEM-ORIGINAL EQUIPMENT MANUFACTURER

Image
APA ITU OEM. Produk yang dikilangkan oleh orang lain untuk usahawan, jadi ushawan tak perlu ada kilang untuk keluarkan produk. Apa kebaikan OEM ni pada usahawan? Ada dua (2) kebaikan utama OEM. 01. Bila nak keluarkan sesuatu produk banyak STANDARD INDUSTRI yang ushawan kena patuhi contohnya HAACP, MESTI, GMP, HALAL dan lain-lain. Jadi bila OEM, semua standard industri ni kilang yang uruskan. Usahwan hanya bayar pada kilang kos pengeluaran produk sahaja dan boleh terus fokus pada aktiviti marketing dan branding. 02. Penjimatan kos, bila usahawan guna teknik OEM untuk hasilkan produk banyak kos yang dapat dijimatkan. Contohnya kos pekerja, kos pengankutan bahan mentah, kos operasi pengeluaran produk dan macam-macam lagi. Dan kos yang paling banyak jimat adalah kos masa. Kilang akan uruskan semuanya untuk kita dalam tempoh yang singkat, sekarangni biasanya sebulan dua dah keluar. KEBAIKAN OEM Cuma saya nak nasihatkan dua perkara bagi ushawan yang nak OEM. 01. Saya

GUIDELINE MENETAPKAN HARGA PRODUK

Image
Juga sila ambilkira beberapa faktor dibawah: 01. Berapa harga kos? 02. Berapa harga 'Retail' 03. Berapa harga'Wholesale' 04. Pesaing jual dengan barga berapa? 05. Berapa harga kos penghantaran? 06. Adakah peruntukan harga untuk komisen? Guideline diatas tu saya bagi untuk yang keluarkan produk terutama produk retail. Ini tak termasuk: 01. Barang harga kawalan 02. Produk berasaskan IP (trademark, patent, copyright..) 03. Produk berasaskan Kreatif & design 04. Rundingan & Latihan (i.e: kadar coaching 05. Produk inovasi Nota: Segmen pasaran dibawah jenis produk 'perfect competition' juga tidak termasuk didalam guideline diatas

Nasib Peniaga Kecil Melayu & Sijil Halal

Image
Salah seorang usahawan dibawah program coaching saya baru-baru ni beritahu saya ada hotel yang nak langgan makanan sejuk beku beliau tapi sebab tak ada pengiktirafan sijil Halal jadi hotel tak jadi nak ambik. Mungkin hotel tu lepas ni akan pegi kepada pengusaha berbangsa cina@india (non-muslim) yang ada sijil halal untuk dapatkan bekalan :). Rasanya agak kelakar kan. Bagi saya, saya lebih yakin makan makanan pengusaha melayu@muslim dari pengusaha non-muslim walaupun diaorang ada sijil halal, pada saya keyakinan saya bukan terletak pada kertas (sijil halal) tetapi pada 'kalimah tauhid' yang kita lafaskan. Kita pun tahu dah berapa banyak PENGUSAHA NON-MUSLIM yang ada sijil halal TAPI MELANGGAR PROSEDURE HALAL dan ini ADALAH FAKTA BUKAN AUTA. Pernah sekali saya sarapan pagi di 'warong tepi jalan gombak' saya nampak makcik hantar kueh untuk diletakkan di warong tu, saya mula terfikir agaknya inilah NASIB PENGUSAHA MAKANAN MELAYU MUSLIM HANYA LAYAK DIWARONG-WARO

Interview Bersama 400 Orang Usahawan

Image
Kenapa usahawan sanggup ambil risiko, kadang-kadang belum tentu buat duit pun. Jawapannya seperti diatas.Tapi itu jawapan mereka, apa pula jawapan anda. Note: Interview ini di buat di Seattle pada 26 May 2009 dengan 400+ usahawan micro.

Pasaran Tak Penting

Image
Kalau saya beritahu pasaran tak penting percaya tak?. Tajuk tu gimmik jer sebenarnya. Pasaran memang penting tapi ada satu perkara lagi yang lebih penting sebelum pasaran, ingat ya saya cakap SEBELUM PASARAN bukannya pasaran tak penting. Perkara yang lebih penting sebelum pasaran adalah produk dan ini termasuklah perkhidmatan. Fikirkan apa gunanya saiz pasaran kita sebesar Facebook tapi tak ada siapa suka produk kita. Sebab tu hari ni ramai yang berniaga dan buat marketing di Facebook tapi akhirnya gulung tikar. Ingat saya beritahu, kalau produk kita tak bagus saiz pasaran besar manapun tak guna, kalau produk kita tak bagus tapi brand kita bagus akhirnya produk tu akan rosakkan nama brand kita. Jadi nasihat saya sebelum kita mulakan pemasaran, sebelum kita jual secara besar-besaran kita pastikan dulu produk kita ada permintaan dan disukai ramai. Luangkan masa seminggu-dua untuk buat market validation (penerimaan pasaran), dapatkan bukti produk kita ada permintaan baru mula berni

Nasihat Untuk Usahawan Muda

Image
Bermula tahun 2014 hinggalah tahun ini 2016 saya nampak banyak perubahan especially bila anak-anak muda mula aktif berniaga. Saya kagum sebenarnya bila jumpa usahawan-usahawan terutama yang baru lepas universiti terus berniaga. Cuma saya nak pesan kalau nak jadi usahawan kena SUPER SERIUS dan bukan sebab tak dapat kerja kitapun pilih untuk jadi usahawan. Jadi usahawan ni perlu ada satu kualiti yang paling penting, nak tahu apa? '"HATI PERLU KENTAL DAN MUKA KENA TEBAL". Ada juga bila saya tanya 'kenapa pilih untuk berniaga?' dia jawab 'sebab dia tak boleh kerja bawah orang', orang macam ni juga saya nak beritahu kalau kita tak boleh kerja bawah orang jangan mimpi nak berjaya jadi usahawan sebab usahawan memang kerja bawah orang. Maksud saya melayan kerenah pelanggan, pelanggan nak itu dan ini dan beritahu kita macam-macam. Nak jadi usahawan kita tak boleh ego, jangan kita ingat kita saja betul dan orang lain tak betul. Bila sikap dah dibetulkan

Facebook Bukan Segalanya

Image
Saya tahu ramai usahawan-usahawan terutama yang didalam kategori 'Start-Up' sangat memerlukan Facebook untuk kembangkan business diaorang. Nak tahu, Good Newsnya Facebook memang salah satu medium media sosial yang paling ramai penggunanya. Terkini terdapat 1.65juta pengguna aktif setiap bulan di Facebook. Bad Newsnya pula saya nak bagitahu FACEBOOK BUKAN SEGALANYA, ye maksud saya sehebat mana kita gunakan Facebook untuk iklankan produk kita peratus untuk berjaya adalah hanya 10% sahaja. Mungkin ada sahabat-sahabat saya yang pelik kenapa saya cakap macam ni. Sebenarnya kalau kita fahami dengan betul MARKETING adalah salah satu dari lima aspek utama sesuatu perniagaan selain daripada Pengurusan, Sumber Manusia, Kewangan, dan Operasi. Jadi menggunakan Facebook sebagai salah satu alat pemasaran (MARKETING TOOLS) bukanlah faktor kejayaan sesuatu perniagaan. Saya beritahu ni sebab nak elakan persepsi kebanyakan usahawan baru yang ingat diaorang hebat di Facebook dan akan he

Facebook Contact

Image
Seorang sahabat saya tanya, macamana nak report kalau ramai sangat 'scammers' yang add friend dan kebanyakan 'scammers' ni menyamar guna gambar perempuan cantik dan seksi supaya kita add sebagai friend. Jawapan: Sebenarnya sekarang ni memang banyak 'scammers' dalam Facebook. Antara yang paling top adalah 'African Scammers' @ dikenali sebangai 'Mat Black' di Malaysia ni. Sekarang ni pulak dah ramai 'Asian Scammers' kebanyakannya tiru cara Mat Black guna isu lain seperti perlukan sumbangan ikhlas nak belajar agama dan orang susah (anak sakit) yang perlukan bantuan. Kali ni saya ceritakan tentang African Scammer (AS). Malaysia adalah negara ketiga selepas West Africa dan Soviet Union' yang menjadi target African Scammer ni. Biasanya African Scammer akan masuk kenegara kita sebagai pelajar dengan visa student. Langkah kedua diaorang akan cari mangsa a.k.a 'love lover'. Kalau mangsa tu lelaki African Scammer  ni akan me

Facebook Page vs Facebook Profile

Image
Baru-baru ni saya handle latihan untuk usahawan inovasi seluruh Malaysia, bila saya tanya tentang facebook rupanya ramai yang tak pasti beza antara facebook page dan facebook profile dan lebih buruk lagi ramai pula yang berniaga di facebook profile. Ringkasnya: Facebook profile adalah untuk individu dan Facebook page adalah untuk organisasi / business /. Di Facebook profile rakan-rakan kita dipanggil 'facebook friends' dan di facebook page rakan-rakan kita dipanggil 'facebook fan'. Jadi sekiranya kita buat Facebook untuk sekolah, pasukan bola, kelab, business dan lain-lain, facebook page adalah lebih sesuai. Mungkin kita banyak kali tengok orang buat business online guna facebook profile, boleh jer!. Ye memang boleh tetapi kita sebenarnya dah langar polisi Facebook dan akaun kita boleh ditutup@terminate pada bila-bila masa sahaja. Tak percaya suruh salah sorang 'facebook friend' buat report pada Facebook. Dari segi posting keduanya tak ada beza, kita b